Bagaimanakah cara melihat buku yang sedang dan sudah saya baca?
Buka Rak: Sedang dibaca memuatkan buku yang telah anda mulakan, Selesai dibaca buku yang sudah selesai, dan Garis masa setiap kali anda membaca. Pilih Tandakan selesai dibaca daripada menu Lagi buku untuk memindahkannya ke Selesai sendiri.
Sedang dibaca dan Selesai
Buku masuk ke Sedang dibaca sebaik sahaja anda membaca melepasi bahagian pembukaannya, dan berpindah ke Selesai dibaca apabila anda menamatkannya. Untuk menukarnya sendiri:
- Buka menu Lagi buku itu, atau tekan lama atau klik kanan kulitnya.
- Pilih Tandakan selesai dibaca, atau Tandakan belum selesai untuk mengembalikannya.
Untuk buku dalam siri, Butiran buku juga boleh menawarkan Tandakan jilid terdahulu selesai dibaca. Dalam pustaka anda, Tapis hanya memaparkan buku Sedang dibaca, Belum dimulakan atau Selesai dibaca.
Garis Masa
Garis masa di Rak menyenaraikan setiap kali anda membaca: tarikh, berapa lama anda membaca dan sejauh mana anda sampai. Ketik entri untuk membuka bukunya.
- Untuk membuang satu entri, pilih Alih keluar daripada sejarah di sebelahnya.
- Untuk membuang semuanya, pilih Kosongkan sejarah.
Dengan apa cara sekalipun, bacaan itu dibuang daripada sejarah dan statistik anda pada semua peranti.